Tuesday, March 16, 2010

:: Gitta Bachtiar ::




Model : Gitta Bachtiar
Photo & editting : hermanzs ismail
TheVirage


Monday, September 28, 2009

:: fashion Photography Project | Nordiana ::







model : nordiana ahmad jamal
location : futagoza studio
the virage project



:: fashion Photography Project | Malena Mohta ::





model : Malene Mohta
Make Up Artis & Hair Do : Cik Le
Studio : Futagoza studio
The Virage Project

Friday, February 6, 2009

Percubaan Pertama |HDR Landscape







salam..
Maaf kepada rakan2 blog sekalian kerana x update blog nie.. sangat sibuk dgn tugas harian dan tugas2 sampingan uhuhu..

Kali nie aku akan update Blog aku dengan Gambar2 HDR yg dimana aku baru jer belajar dgn memmebr aku mat so pada cuti hari wilayah yg lepas tanpa membuang masa aku ngan mak bertolak ke Batang kali utk mengambil gambar pemandangan.. huhuhuh

so nikmatilah hasilnya..

Tuesday, December 30, 2008

mencintai tidak bermakna memiliki..

kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan t
idakkah kau sedar?

hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki.

manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati?

tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya.

tidakkah kau sedar?
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu?

dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
dan kau...
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki...
Sesungguhnya...

"AKU TIDAK PERNAH MEMILIKI DIRIMU..
DAN KAU JUA TIDAK MEMILIKI DIRIKU"

Friday, December 5, 2008

berbual dengan jiwa...

Assalamualaikum, jiwa.

dengar cerita kau sedang tidak lepas dari senyum. apa khabar engkau? berada di langit? sedang pelangi dalam setiap detak rasa? hey, apa sebenar suara hati kamu sejak awal bulan bermula?

berani benar engkau melangkah. apa jauh engkau renungkan sudah? habis rela untuk memasrah?
haih, jiwa... jiwa...

sungguh engkau si tongong mengejar cinta.

tidak... bukan aku marah engkau mengangkat kaki. tidak mungkin juga aku paksa engkau tunggu2 matahari yang tidak pernah sudi. tapi apa engkau benar2 selesai berfikir tentang ini?

jiwa, engkau itu sudah ronyok. membuka depang tangan kamu bererti kehancuran yang maha, nan terjadi sekian kali. engkau berani melebar rangkul dan mengharap lagi bangkai bernama cinta ini?

bagaimana kalau rosak lagi?
bagaimana kalau teracik lagi?
bagaimana kalau dihenyak lagi?
bagaimana kalau terjadi lagi?

jiwa menyahut:
haruskah aku bersetia pada satu imaginasi? bila suatu yang terlalu indah itu, yang realiti itu, sudah berdiri menghulur jemari, meminta izin membawa aku pergi?

jiwa, kau sudah penat, kan? bagus. maka kenapa harus kau paling dan masuk kembali ke sangkar harimau itu? sudah lupa engkau itu teranap kerana harap? menanti pada rasa yang mati?

cinta tidak pernah ada untuk seorang. engkau, bodoh.

jiwa senyum lalu membalas:
kalau ini bukan sangkar harimau?
ada mungkin tidak ini syurga firdaus?
kalau iya, bukankah pasti aku akan meruntun rugi?

jiwa hai jiwa.
sungguh engkau ini mahu mati.

dengan tunduk, jiwa menjawab lagi:
dan andai benar ini akan menghancurkan,
biar aku mati dengan senyum,
kerana aku ini pecinta.

dan jiwa ini sedang bahagia.

dengan pemuzik itu, yang hari2 bernyanyi lagu halus di dalam hati.
dengan penyair itu, yang cuma reti berpuisi dengan mata sunyi.
dengan pecinta itu, yang tidak langsung tahu berbicara.
dengan si dia itu, meski cuma aku seorang yang rasa.

*menung*

jiwa,
diamkan. cinta dari jauh itu lebih tinggi.
yang kalau kau hebahkan, ada mungkin tidak menjadi.
kerana engkau si gila yang cintakan dunianya.
kerana engkau ditakdirkan bersunyi tanpa mata semua.

jiwa,
senyumlah.

aku izinkan.

Thursday, December 4, 2008

96 Hours Vacation | Lagend Island Langkawi

Pantai Beras Basah


Dataran Lang Langkawi


Laman Padi Langkawi

Tanjung Rhu Sunset

Kuah Fisherman Village


Salam & Hello to all my blogger friends..
uhuhuhu lama dah tak update blog.. entry aku sebelum nie banyak gamba awek jer so kali nie aku up loadkan gambar semasa aku g "Bercuti" di Langkawi gambar pemandangan yg bagi aku cukup menarik dan mendamaikan..

Aku menghabiskan lebih kurang 96 jam masa aku di sana... kiranya banyakla tempat yg aku lawati sepanjang aku berada disana.. aku paling suka sunset kat Langkawi Langit dia sangat CHANTIKK.. subahnallah.. memang CHantik!!!

Sepanjang 96 Jam aku di Langkawi antara tempat yg aku sempat singgah :
1. Tanjung Rhu
2. Pantai Cenang
3. Langkawi Cable Car ( Gunung Mat Cencang ) *Betul Ke namanya cam nie??
4. Dataran Lang
5. Taman Lagenda
6. Island Hopping ( Tasik Dayang bunting, Pantai Beras Basah, Pulau Singa ( eagle feeding )
7. Laman Padi
8. Makam Mahsuri
9. Pulau Payar
10. KLIM geoforest Park
11. Jeti Nelayan Kuah

Honestly tempat nie memang best.. tak sempat nak g lain2 tempat lagi kenana keadaan "poket" dan cuti yg tak mengizinkan.. kalau ikutkan hati seminggu nak bertapa di sana.. :)

so kawan2 enjoys dengan gambar yg sempat disnap & edit(penting nie)
p/s Gambar akan diupdate dari masa ke semasa.. uhuhuh