Wednesday, September 24, 2008

Layukah Melayu?!

LAYU

"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur

Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia Ya.
Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu

Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tandabangsanya yang berjaya"

Oleh : Malique

P/s : Benarkah kita seperti ini?! renung-renungkan lah..

Tuesday, September 23, 2008

Thursday, September 18, 2008

Apakah Tujuan Fotografi | untuk anda?

Setelah beberapa lama berfotografi, akhirnya saya realize yang fotografi adalah suatu yang sungguh personal. Saya memerhatikan, ada beberapa jenis jurugambar ada di dalam photoschool ini, dimana kategori anda, wallahualam.

1. Jurugambar cari makan
2. Jurugambar seronok2/hobi
3. Jurugambar ikut2
4. Jurugambar cari populariti

Seorang jurugambar mungkin boleh jadi dalam 2 kategori atau lebih. Contohnya ada yang jadikan foto jadi hobi, lepas itu dia ikut2 orang lain, supaya boleh dapat populariti.

Saya perhatikan, Jurugambar cari makan ini, biasanya steady dan kurang benar bercakap, beliau hanya buat kerja beliau, tidak suka gambarnya dikritik kerana gambar cari makan kalau dikritik amat pedih rasanya. Tetapi kalau gambar suka2 dia tak kisah dikritik. Jurugambar cari makan, kena sentiasa up to date, otherwise orang kata dia ketinggalan zaman. Mereka sentiasa merasa tekanan akibat environment mereka. Sometimes they feel so down tapi one day they will rise again.

Jurugambar seronok2 ini tidak kisah orang kata apa, dia akan spent seberapa banyak mungkin dia mampu, contoh alfie dan dan zuhrie, diaorang beli gear kamera yang boleh fund rumah kos rendah. While zuhrie doesnt really cari makan using his camera, dia masih boleh generate certain income dan boleh dapat hasil setanding jurugambar cari makan yang tiap minggu kena shoot something. These are genuine photographer. Shooting because they love what they do. Dan dia tak kisah apa orang kata pasal gambar dia because, its not about other ppl, ini adalah gambar dia dan dia suka.

Jurugambar ikut2 ini biasanya terbaca blog dimana2, tentang how success one photographer tu, kemudian feel inspired. Then beli kamera, then ikut ikut kawan2 jumpa kawan2 lain, feel more inspired tapi masih tak faham teknik2 fotografi. They actually believe that good camera will help them achieve same results as their friend, because semi auto work wonderfully. Until one day dia jumpa satu benda lain yang lebih menarik dan dia give up photography.

Jurugambar populariti, mereka tidak mencari makan dengan kerja mereka, mereka cuma mahu hasil kerja mereka dikenali ramai, dipuja2 dan dipandang tinggi. Mereka fikir gambar orang lain sampah walaupun gambar family. They shoot for the cause that will contribute to world peace. Jurugambar ini think they are the best, they think they are photography and photography is them. None others are right and they actually believe this must be followed by others.

Ini yang saya lihat, mungkin anda kenal lagi jenis2 photographer lain.

Dan saya sendiri, saya sendiri jurugambar cari makan + hobi. Sebab i dont care if i dont earn too much money on photography. And i love to shoot kids. And yes, they are the best subject for me, tidak akan ada subject lain yang lebih baik dari mereka, walaupun terachin. No, i dont care about candid photography, i just learnt every technical aspect of them untuk cari makan. And I dont care about photojournalism, the world might need it, but I am reading person, fact people, very technical, so doesnt matter how good the picture, I still need good story to decode every details of the story. It takes more than a good picture to convince me something actually did happen. And yes I love sharing, I will continue sharing even if people dont pay me a penny. But its good to be paid while sharing.

p/s : thanks to adhadi from photoskool

Manual atau Auto ? | Jgn Rosakkan Foto Klien Anda

Saya ingin berkongsi sedikit dengan semua...
khususnya kepada yg nak buat wedding job...

kita semua ada dslr, kita semua mahu buat job, mahu
cover wedding... semua ada niat mahu dapat pendapatan
sampingan dalam wedding.

tapi dalam keghairahan anda untuk dapatkan job atau
cover satu job dengan harapan dapat bayaran pertama
RM 300 atau RM 100 atau FREE sekali pun...

saya amat amat sarankan... jangan ROSAKKAN foto
klien anda... amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada anda untuk membuat liputan majlis perkahwinan
mereka.

Saya dapat lihat ramai yang baru pegang dslr..
terus nak cover wedding tanpa ilmu sedikit pun...
kalau anda pakai setting AUTO... yes boleh dimaafkan.

Tapi wujud segelintir yang nak cuba setting MANUAL..
sebab dengar orang cakap, kawan-kawan cakap,
photographer professional cakap pakai MANUAL la gambar
cantik.

Kalau tak pandai guna... jangan guna MANUAL.
Saya baru-baru ini dapat satu request customer minta
edit gambar beliau kerana gambar dia macam rosak.

Saya tengok exif.... semua manual dengan setting
yang lintang pukang... gambar over, gambar gegar...
gambar underexposure yg terlampau...

jadi antara MANUAL atau AUTO....? lebih baik
pakai AUTO kalau anda tak pandai guna MANUAL...
dan belajar MANUAL bila bukan cover job ok.

JANGAN rosakkan foto klien kita semata-mata
kerana kebodohan anda menjadikan mereka subjek
utk belajar MANUAL. Maaf kalau ayat saya kasar.
Tapi saya sangat sedih lihat apa yang terjadi
pada foto-foto customer tu. Saya takkan paparkan
foto-foto tu. Tapi biarkan ini satu teguran bersama
utk semua.

anda pilih sendiri...
nak rasa hebat sebab boleh pakai MANUAL
tapi gambar hancur

atau

pakai AUTO...tapi gambar masih boleh pakai...

ini bukan soal tembak, tak lawa delete, tembak balik...

wslm...

credit to: didiz @ Photoskool

Thursday, September 11, 2008

Apa Yg Anda Harus Tahu | Juru Gambar Perkahwinan





kepada yang baru nak menceburi bidang fotografi perkahwinan ini adalah beberapa faktor yang diambil kira semasa membuat costing

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
p/s : Pelanggan ju harus tahu 5 pekara ini.. tahap kepakaran itu sendiri mau ingat la macam maner nak ukur.. it's base on our work.. uhuhuh

Landscape | Series

Kuala Selangor March 2008

Wednesday, September 10, 2008

Cinta | Memberi Dan Menerima

Apakah intipati untuk memastikan hubungan cinta kita kekal lama? Bagi kita yang inginkan hubungan cinta yang berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada pekara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membentu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Pekara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi jita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan??! Memahami diri kita. Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Dikala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar yang setia.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang 'lidah sendiri sedangkan tergigit, inikan pula suami isteri' Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah dialah calon yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup kita.
Tampilkan kelemahan. Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. Kata hati. Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasanganya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. Mimpi. Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insha-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita buatlah keputusan sebaiknya.
Sentiasa bersikap jujur. Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang di pamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila di menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta dihatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang dusulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baiknya pilihan.

Friday, September 5, 2008

Wednesday, September 3, 2008

KL Street Photo | Series 01

pesalah trafik??!

another defination of L.O.V.E

who's that gurl??

tengok ape tue yeop??
Huh?!

Hishammudin??
hello Dear...
K.L Streets Outing Series 01
Outing kali nie bertemakan Street yang di jalankan di sekitar kuala lumpur terutama sekitar masjid jamed dan kawasan berhampiran..
outting kali nie seperti biasa disertai oleh Geng L.A.B.O.N kami iaitu Ridzwan a.k.a Windz Abg Wan a.k.a Wan Janggut dan Aku sendiri. Outing kami bermula pada jam 11:30 pagi dan berakhir jam 3ptg ( kalau nak diikutkan nak shoot sampai malam but disebabkan ada beberapa masaalah terpaksa la ditangguhkan) disebabkan tak berapa puas hati dengan outing kali nie kami bercadang utk mengadakannya sekali labi.. bila??!! tue tak tau lagi.. tgk la..
Kesimpulannya... pada hari tue outing kami bleh dikatakan 85% berjaya...
P/s ingat nak shoot kat bazar ramadhan plak ok ke geng L.A.B.O.N ?

merdeka 51 | Outing | Pictures









1st morning on 51st Merdeka

Merdeka 51 Outing

Ketika memandu ke tempat berkumpul utk outing kali nie, saya melayan lagu "saya anak malaysia" nyanyian Dr sam yang diputarkan di radio. Selalunya lagu itu diperdengarkan menjelang negara kita menyambut hari kemerdekaan, sekali gus menyemarakkan lagi semangat itu.

Hari ini (31 ogos) Malaysia meraikan usia kemerdekaannya yang ke-51. sudah lebih setengah abad bangsa kita merdeka. kemanisan yang seharusnya kita pertahankan, baik secara fizikal mahupun mental.

Secara retrospektif, kita tidak dapat menolak apabila masaalah sosial membelenggu bangsa kita sehingga membentuk kolonial baru secara halus menusuk minda, sehingga kita terlupa, perjuangan kita belum selesai sepenuhnya walaupun di atas tanah yang merdeka.

p/s : Terlebih emosional dan patrotik plak...!!! thanks kepada geng L.A.B.O.N utk outing kali nie..

Putrajaya | Series

Picc The Reflections
Nikon D80 30 sec f11.0 iso 100 93mm

p/s : Gamber lain Akan di Upload..

Tuesday, September 2, 2008

inilah Barisan Kita | Selamat Hari Merdeka Ke -51

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang. Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya, Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!

Selamat Hari Kemerdekaan ke-51