Wednesday, September 10, 2008

Cinta | Memberi Dan Menerima

Apakah intipati untuk memastikan hubungan cinta kita kekal lama? Bagi kita yang inginkan hubungan cinta yang berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada pekara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membentu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Pekara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi jita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan??! Memahami diri kita. Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Dikala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar yang setia.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang 'lidah sendiri sedangkan tergigit, inikan pula suami isteri' Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah dialah calon yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup kita.
Tampilkan kelemahan. Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. Kata hati. Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasanganya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. Mimpi. Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insha-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita buatlah keputusan sebaiknya.
Sentiasa bersikap jujur. Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang di pamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila di menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta dihatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang dusulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baiknya pilihan.

No comments: