Tuesday, December 30, 2008

mencintai tidak bermakna memiliki..

kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan t
idakkah kau sedar?

hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki.

manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati?

tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya.

tidakkah kau sedar?
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu?

dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
dan kau...
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki...
Sesungguhnya...

"AKU TIDAK PERNAH MEMILIKI DIRIMU..
DAN KAU JUA TIDAK MEMILIKI DIRIKU"

Friday, December 5, 2008

berbual dengan jiwa...

Assalamualaikum, jiwa.

dengar cerita kau sedang tidak lepas dari senyum. apa khabar engkau? berada di langit? sedang pelangi dalam setiap detak rasa? hey, apa sebenar suara hati kamu sejak awal bulan bermula?

berani benar engkau melangkah. apa jauh engkau renungkan sudah? habis rela untuk memasrah?
haih, jiwa... jiwa...

sungguh engkau si tongong mengejar cinta.

tidak... bukan aku marah engkau mengangkat kaki. tidak mungkin juga aku paksa engkau tunggu2 matahari yang tidak pernah sudi. tapi apa engkau benar2 selesai berfikir tentang ini?

jiwa, engkau itu sudah ronyok. membuka depang tangan kamu bererti kehancuran yang maha, nan terjadi sekian kali. engkau berani melebar rangkul dan mengharap lagi bangkai bernama cinta ini?

bagaimana kalau rosak lagi?
bagaimana kalau teracik lagi?
bagaimana kalau dihenyak lagi?
bagaimana kalau terjadi lagi?

jiwa menyahut:
haruskah aku bersetia pada satu imaginasi? bila suatu yang terlalu indah itu, yang realiti itu, sudah berdiri menghulur jemari, meminta izin membawa aku pergi?

jiwa, kau sudah penat, kan? bagus. maka kenapa harus kau paling dan masuk kembali ke sangkar harimau itu? sudah lupa engkau itu teranap kerana harap? menanti pada rasa yang mati?

cinta tidak pernah ada untuk seorang. engkau, bodoh.

jiwa senyum lalu membalas:
kalau ini bukan sangkar harimau?
ada mungkin tidak ini syurga firdaus?
kalau iya, bukankah pasti aku akan meruntun rugi?

jiwa hai jiwa.
sungguh engkau ini mahu mati.

dengan tunduk, jiwa menjawab lagi:
dan andai benar ini akan menghancurkan,
biar aku mati dengan senyum,
kerana aku ini pecinta.

dan jiwa ini sedang bahagia.

dengan pemuzik itu, yang hari2 bernyanyi lagu halus di dalam hati.
dengan penyair itu, yang cuma reti berpuisi dengan mata sunyi.
dengan pecinta itu, yang tidak langsung tahu berbicara.
dengan si dia itu, meski cuma aku seorang yang rasa.

*menung*

jiwa,
diamkan. cinta dari jauh itu lebih tinggi.
yang kalau kau hebahkan, ada mungkin tidak menjadi.
kerana engkau si gila yang cintakan dunianya.
kerana engkau ditakdirkan bersunyi tanpa mata semua.

jiwa,
senyumlah.

aku izinkan.

Thursday, December 4, 2008

96 Hours Vacation | Lagend Island Langkawi

Pantai Beras Basah


Dataran Lang Langkawi


Laman Padi Langkawi

Tanjung Rhu Sunset

Kuah Fisherman Village


Salam & Hello to all my blogger friends..
uhuhuhu lama dah tak update blog.. entry aku sebelum nie banyak gamba awek jer so kali nie aku up loadkan gambar semasa aku g "Bercuti" di Langkawi gambar pemandangan yg bagi aku cukup menarik dan mendamaikan..

Aku menghabiskan lebih kurang 96 jam masa aku di sana... kiranya banyakla tempat yg aku lawati sepanjang aku berada disana.. aku paling suka sunset kat Langkawi Langit dia sangat CHANTIKK.. subahnallah.. memang CHantik!!!

Sepanjang 96 Jam aku di Langkawi antara tempat yg aku sempat singgah :
1. Tanjung Rhu
2. Pantai Cenang
3. Langkawi Cable Car ( Gunung Mat Cencang ) *Betul Ke namanya cam nie??
4. Dataran Lang
5. Taman Lagenda
6. Island Hopping ( Tasik Dayang bunting, Pantai Beras Basah, Pulau Singa ( eagle feeding )
7. Laman Padi
8. Makam Mahsuri
9. Pulau Payar
10. KLIM geoforest Park
11. Jeti Nelayan Kuah

Honestly tempat nie memang best.. tak sempat nak g lain2 tempat lagi kenana keadaan "poket" dan cuti yg tak mengizinkan.. kalau ikutkan hati seminggu nak bertapa di sana.. :)

so kawan2 enjoys dengan gambar yg sempat disnap & edit(penting nie)
p/s Gambar akan diupdate dari masa ke semasa.. uhuhuh

Tuesday, November 25, 2008

Sunday Photo Marathon | Studio Arunamaya Kajang











huhuhuhu... inagt lepas habis shoot kat batang kali bleh la balik umah ke lepak2 ker tapi ada satu sesi lagi uhhuhu.. tgh duk lepak kat gombak sambil review gambar batang kali tue... yani & emma a.k.a Model2 syokk call kata bila nak shoot diorang... aku bincang ngan member aku so dia kata ok.. petang n mlm tue studio dia kosong so apa lagi g shoot la petang tue.. penat gombat ke kajang....

kitaorang shoot start jam 6 sampai jam 10 huuhu tue pun tak cukup.. takper lain kali kita sambung lagi..

p/s To model u all memang best & sportinggg.. uhuhuh and thank to sifu2 and sahabat yg lain.. memabg best ngan korang.. uuhuh

Sunday Photo Marathon | Batang Kali Outdoor Potraits











Salam and Hai To all my blogger friends..
Disini aku nak update gambar2 terbari sesi photography yg aku pergi untuk tatapan rakan2 sekalian..

walaupun hari ahad tue aku tak berapa sehat disebabkan deman terkejut( hari sabtu aku flat terdampar di hospital ) member aku ajak join shoot outdoor potraits kat batang kali takperla.. deman sikit jer nie ah nak elok so blasah jer la...
nie antara gambar yang sempat di rakam oleh lensa aku..

so Enjoyz....

Wednesday, November 19, 2008

Friends Day out | Putrajaya







uhuhuhuhu.. lambat nak post gambar2 nie...
Gambar Outing bersama rakan2 Di Sekitar Putrajaya.

P/s : Thanks Guys diatas kerjasama korang semua.. nanti kita shoot lagi yer with konsep yang lain.. uhuhuhu

Lady In RED | Studio Light Test With Mie





Hemmm... lama tak update apa kat blog nie.. so kalai nie entry aku agak "seksi" kot entah la.. biasa jer bagi aku uhuhuhuh

Sebelom aku ke Perlis aku sempat lepak ngan budak2 TT gombak.. dalam duk borak2 diorang plan nak shoot model.. aku pun kata ok la.. aku bawak satu model baru nie.. nama dia wanie so pegi shoot kat Studio sorang budak nie.. disebabkan menggunakan studio dia makan dia pun terpasalah aku jemput join sekali ( huhuhuhuh x payah bayar charge studio ) so konsep mase tue kitaorang guna konsep merah dan hitam so mcm nie la hasilnya... terimakasih diatas bro mie yg sudi merialisasikan photoshoot kali nie... ( tolong setkan light dan sebagainya ) lain kali ada model baru saya ajak ek.. uhuhuhuhuh sesi photoshoot kali nie habis sekitar jam 3 pagi... ( kpd housemate aku nie la sebab nape aku balik lewat pagi or tak balik langsung.. aku g menembat di malam hari ) uhuhhuhhu

ok la banyak membebel... so layan jer la.........

Wednesday, November 5, 2008

Miniature City | The Siries






hello semua..

kali nie aku nak memperkenalkan kepada semua satu aliran seni fotografi yang dipanggil Miniature fotografi.. cuba anda semua lihat gambar2 diatas.. misti korang ingat gambar tue gambar model atau set mainan... jgn terpedaya dgn gambar yang korang lihat.. semua gambar diatas adalah gambar betul.. teknik ini menggunakan lense jenis tilt& shif dimana kita boleh meng"control" bahagian mana yg kita hendak difokuskan.. so denga sedikit bantuan "kedai gambar" inilah hasilnya..


p/s : suke sangat hasilnya bila ditengokkan rase macam model jer.. but rialitynya ia adalah gambar sebenar..

gambar 1 : Monorel di Bukit Bintang
gambar 2 : Persimpangan berhampiran penjara pudu
gambar 3 : Bukit Bintang
gambar 4 : Taman KLCC


Friday, October 31, 2008

conceptualisme Photography Art


Cuba nak mengetengahkan konsep satu aliran seni "comceptualisme" didalam seni fotografi
dimana penggabungan beberapa gambar bersiri yang memfokuskan subjek matter,samaada objek ataupun warna didalam sesuatu karya "conceptualisme art ini" disini saya mengutamakan kepada subjek(Burung Merpati) dan warna ( Merah ) didalam penghasilan karya ini.

Tuesday, October 14, 2008

Potraiture Series | Part 03


nie outdoor potraitue part 3 yang dianjurkan oleh Photoskool thanks aga to my friend ferol ajak aku shoot sekali lagi
dan thanks kepada sifu-sufu yg ada terutama Mr adhadi Mohamad hhuhu best giler shoot model nie wa cakap lu.. tak lupe juga thanks to kamal again cause kasi pinjam lense mahal ko tue.. uhuhu
Kamera : D80
Lense : 70-200mm f2.8 & 85mm f1.4
Model : Miss Liza
Venue : Taman Warisan Putrajaya


Potraiture Series | Part 02






Sesi Outdoor Photografi ini telah dianjurkan oleh Forum Photoskool Thanks Kepada Bro Ferol Kerama Bawak aku sekali join outing nie.. memang best dah thank kepada sifu-sifu yg memberi tunjuk ajar.. dan tak lupe kepada my good friend kamal kerana bagi pinjam lense maha.. huhuh

Kamera : D80
Lense : 70-200mm f2.8 , 50mm 1.8 & 85mm f1.4
Model : Vanessa




Oren Pictures | herMANISmail Photograpic


Disebabkan atas nasihat kawan-kawan dan nasihat pakar my own brand for fotografi telah di re-branding semula
Daripada "OREN PICTURES" kepada "herMANISmail Photograpic"
Herman Ismail
0176719934

Monday, October 13, 2008

Light experiment | trail Light siries




Hari Minggu Lepas disebabkan keboringan yg amat sangat aku keluar jalan jalan jumpa member aku kat studio dia di Taman See Park PJ.. Seronok berborak ngan member aku sorang nie walaupun baru kenal tapi rasa macam dah lama jer kenal dia.. dia seorang photographer pro yang tak kedekut ilmu.. banayk benda dapat belajar dari dia.. tanyala dari segi teknikal hinggalah pekara2 mengarut pasti tanpa segan silu dia akan jawap..
lepas aku menghabiskan masa kat studio dia aku rasa boring plak.. lagipun member aku tgh ada assigment malas la nak kacau.. terus la blah.. dlam perjalanan pulang terfikir nak buat experiment about lighting terutama trail light nie.. so try la.. gambar-gambar diatas adalah hasilnya.. aku rasa oka la.. bleh la.. setting tuk gambar2 diatas mudah jer.. anda perlukan kamera, lense yang sesuai (wide lense Lagi bagus ) Tripot dan kereta gen2(x kesah kete ape@ moto pun bleh) tue dari segi peralatan. dari segi teknikal pula.. seperti di bawah:

Camera:
Nikon D80
Exposure: 15 sec (15)
Aperture: f/22
Focal Length: 20 mm
ISO Speed: 200
Exposure Bias: -3 EV
Seronok jugak buat experiment nie but seronok gak keluar duit bayar minyak keta.. uhuhuhu aku habis dalam RM40 satu malam tue jer.. tak perla demi kepentingan Seni :) Now secara rasminya gambar2 diatas menjadi siri aku yang pertama.. dan inshallah akan banyak lagi menyusul selepas ini.
P/s : Lokasi penggambaran : Federal Hightway, Jalan Bukit Bintang, Jalan P.Ramli, Jalan Ampang, Jalan Kuching, Jalan Bangsar dan NPE Highway..