Thursday, September 18, 2008

Manual atau Auto ? | Jgn Rosakkan Foto Klien Anda

Saya ingin berkongsi sedikit dengan semua...
khususnya kepada yg nak buat wedding job...

kita semua ada dslr, kita semua mahu buat job, mahu
cover wedding... semua ada niat mahu dapat pendapatan
sampingan dalam wedding.

tapi dalam keghairahan anda untuk dapatkan job atau
cover satu job dengan harapan dapat bayaran pertama
RM 300 atau RM 100 atau FREE sekali pun...

saya amat amat sarankan... jangan ROSAKKAN foto
klien anda... amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada anda untuk membuat liputan majlis perkahwinan
mereka.

Saya dapat lihat ramai yang baru pegang dslr..
terus nak cover wedding tanpa ilmu sedikit pun...
kalau anda pakai setting AUTO... yes boleh dimaafkan.

Tapi wujud segelintir yang nak cuba setting MANUAL..
sebab dengar orang cakap, kawan-kawan cakap,
photographer professional cakap pakai MANUAL la gambar
cantik.

Kalau tak pandai guna... jangan guna MANUAL.
Saya baru-baru ini dapat satu request customer minta
edit gambar beliau kerana gambar dia macam rosak.

Saya tengok exif.... semua manual dengan setting
yang lintang pukang... gambar over, gambar gegar...
gambar underexposure yg terlampau...

jadi antara MANUAL atau AUTO....? lebih baik
pakai AUTO kalau anda tak pandai guna MANUAL...
dan belajar MANUAL bila bukan cover job ok.

JANGAN rosakkan foto klien kita semata-mata
kerana kebodohan anda menjadikan mereka subjek
utk belajar MANUAL. Maaf kalau ayat saya kasar.
Tapi saya sangat sedih lihat apa yang terjadi
pada foto-foto customer tu. Saya takkan paparkan
foto-foto tu. Tapi biarkan ini satu teguran bersama
utk semua.

anda pilih sendiri...
nak rasa hebat sebab boleh pakai MANUAL
tapi gambar hancur

atau

pakai AUTO...tapi gambar masih boleh pakai...

ini bukan soal tembak, tak lawa delete, tembak balik...

wslm...

credit to: didiz @ Photoskool